Seorang pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh Kelantan yang menduduki SPM pada hari pertama dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab peperiksaan kertas Bahasa Melayu pagi tadi.
Admin difahamkan yang pelajar tersebut meninggal dalam perjalanan nak ke hospital di sana. Pelajar tersebut dikatakan tiba-tiba rebah dan pengsan di lantai dewan peperiksaan sekolah tersebut ketika sedang menjawab peperiksaan.
Sementara itu, bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.
Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.
"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa.
"Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.
Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.
"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital. - BERNAM
AL-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aminn.
0 comments :
Catat Ulasan