PENGARAH: Dharma Izat Nasution
GENRE: Seram
Klasifikasi : P13
Bahasa : Melayu
TERBITAN: Mangkin Prestij
TARIKH TAYANGAN: 7 Mei 2015
TERBITAN: Mangkin Prestij
TARIKH TAYANGAN: 7 Mei 2015
PELAKON: Azwan Kombos, Niezam Zaidi, Shahfiez, Epy Kodiang, Zakaria Zahid dan Iszander Nor
Sinopsis :
Filem oleh Dharma Aizat menceritakan kisah-kisah yang diceritakan oleh orang-orang yang mengalami kejadian aneh dan misteri semasa dalam perjalanan melalui Jalan Puncak Alam.
Tonton Jalan Puncak Alam (2015) Full Movie Online :
sos : http://www.layanjer.net/malay-movie/jalan-puncak-alam-full-movie.html
PENGARAH Dharma Izat yang mengarahkan filem Ia Wujud sebelum ini kembali mempertaruhkan filem bergenre seram buat kali keduanya untuk tontonan rakyat Malaysia dengan judul Jalan Puncak Alam.
Jika dilihat pada permulaan cerita, filem ini agak mendebarkan kerana para penonton ingin mengetahui apa yang bakal terjadi tetapi akibat daripada pengulangan plot yang sama ia menyebabkan penonton keliru dengan apa yang berlaku.
Trailer Jalan Puncak Alam (2015) :
Tonton Jalan Puncak Alam (2015) Full Movie Online :
sos : http://www.layanjer.net/malay-movie/jalan-puncak-alam-full-movie.html
Review :
PENGARAH Dharma Izat yang mengarahkan filem Ia Wujud sebelum ini kembali mempertaruhkan filem bergenre seram buat kali keduanya untuk tontonan rakyat Malaysia dengan judul Jalan Puncak Alam.
Antara adegan dalam Jalan Puncak Alam.
Bagi penulis, Jalan Puncak Alam ini mempunyai penyusunan plot yang mengelirukan dan kadangkala filem ini juga mempunyai pengulangan yang tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan penonton berasa bosan.
Jika dilihat pada permulaan cerita, filem ini agak mendebarkan kerana para penonton ingin mengetahui apa yang bakal terjadi tetapi akibat daripada pengulangan plot yang sama ia menyebabkan penonton keliru dengan apa yang berlaku.
Dari segi lakonan, Niezam Zaidi sebagai Haniff dilihat tidak jujur ketika menyampaikan dialognya dan tidak berada di zon selesa yang pernah dikecapnya dalam beberapa filem lakonannya sebelum ini seperti Highland Tower.
Azwan Kombos yang memegang watak sebagai Azizi dilihat cuba bermain dengan karakter bersahaja tetapi watak yang dibawanya seolah-olah kosong.
Kuwujudan seorang budak sebagai hantu seperti karakter dalam filem Ju On dan kelibat pontianak dilihat hanya sekadar melengkapkan imej seram dalam peceritaan filem ini.
Kelebihan dalam filem ini ialah pada cara teknikalnya iaitu pada kerja kamera yang memaparkan beberapa 'angle shot' yang menarik kerana ia lain dari cerita seram yang pernah dipaparkan.
Pengarah dilihat begitu kreatif kerana banyak memperbaharui penggunaan sudut kamera dengan menggunakan pelbagai sudut seperti (high angle) melalui penggunaan dron atau dari sudut rendah dengan menggunakan full frame fish eye.
Azwan Kombos
Penulis merasakan filem Jalan Puncak Alam ini tidak jauh beza dengan beberapa genre seram lain.
Bukan cuba untuk mengaitkannya dengan filem lain tapi itulah hakikatnya apabila filem judul yang berkisarkan sesuatu tempat diangkat dengan jelas seperti Highland Tower, Karak dan Villa Nabila.
Semuanya mempunyai jalan penceritaan, momen dan cetusan yang boleh dikatakan hampir serupa.
Kisah yang dipaparkan menerusi filem itu sedikit sebanyak membuktikan kebenaran bahawa Jalan Puncak Alam adalah antara tempat berhantu di negara ini menerusi penceritaan yang dikongsikan oleh penduduk di sana.
Jalan Puncak Alam wajar diberi perhatian oleh penggemar filem seram sekiranya mereka berminat untuk mengetahui kisah di sebalik misteri yang terdapat pada jalan itu.
Secara keseluruhan, pada pandangan penulis, filem ini gagal menepati cita rasa kerana menampilkan plot yang mengelirukan.

0 comments :
Catat Ulasan